Bekas Ketua Pengarah MSN meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas Ketua Pengarah MSN meninggal dunia

ALLAHYARHAM ZOLKPLES EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.

Perkara itu disahkan pegawai di MSN, namun punca kematian belum diketahui.

Allahyarham pernah memimpin MSN selama tujuh tahun dari April 2007 hingga Disember 2014.

Zolkples 62, dikatakan meninggal dunia di rumahnya di Pandan Indah.

“Al-fatihah buat guru saya, mentor saya, salah seorang yang membentuk saya sehingga hari ini.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat, ditempatkan di kalangan orang beriman. Jasa dan bakti arwah akan saya kenang selamanya,” tulis Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin dalam Facebook.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya