Vietnam, Malaysia pilihan ke separuh akhir Piala AFF - Utusan Malaysia

Vietnam, Malaysia pilihan ke separuh akhir Piala AFF

MAMPU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Vietnam dan Malaysia menjadi pilihan kebanyakan jurulatih untuk meng­ungguli kedudukan dua teratas Kumpulan B, sekali gus mara ke separuh akhir Piala AFF 2021.

Turun sebagai finalis edisi terakhir, yang menyaksikan Vietnam muncul juara dengan menewaskan Malaysia menerusi agregat 3-2 (seri 2-2 dan menang 1-0), dua pasukan itu dilihat satu tahap lebih baik berbanding tiga lagi lawan mereka, Indonesia, Laos serta Kemboja.

“Secara keseluruhan, undian agak baik buat kami, namun paling penting kami mahu tahu venue serta waktu perlawanan secepat mungkin bagi melakukan persiapan terbaik.

“Vietnam dan Malaysia adalah pasukan yang kuat dan menjadi pilihan tapi kami akan lakukan apa sahaja untuk menang,” kata Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

VIETNAM juga menjadi pilihan untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.

Ketua Jurulatih Laos, V. Selvaraj juga menganggap Vietnam dan Malaysia sebagai calon ke separuh akhir.

“Tanpa diragui, Malaysia dan Vietnam akan menjadi fokus utama kumpulan ini tetapi pasukan lain juga mampu memberi ancaman.

“Sejarah telah buktikan, Piala AFF tidak pernah mudah buat kami dan tiada bezanya de­ngan kejohanan kali ini. Apa pun, kami sedia berdepan apa sahaja cabaran,” kata jurulatih kelahiran Singapura itu.

Bagi Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo tiada apa yang ‘istimewa’ dengan undian kali ini kerana keba­nyakan pa­sukan sudah masak dengan taktikal masing-­masing kerana kerap bertemu.

PARK HANG-SEO

“Pasukan-pasukan yang diletak dalam kumpulan bersama Vietnam adalah kuat, lawan mencabar dan kami perlu memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan.

“Selain Brunei dan Timor Leste yang bersaing di pusi­ngan kelayakan (playoff), tahap semua pasukan di Asia Tenggara boleh dikatakan hampir sama, jadi undian ini boleh dikatakan biasa sahaja,” katanya.

Kempen Piala AFF 2021 yang akan diadakan secara karnival (berpusat) berlangsung dari 25 November hingga 1 Januari.

Malaysia memburu kejua­raan kedua selepas menang pada 2010, selain muncul naib juara tiga kali – 2018, 2014 dan 1996.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya