United patut dapat penalti - Solskjaer - Utusan Malaysia

United patut dapat penalti – Solskjaer

MANCHESTER United - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Kecewa pasukannya tersingkir dari Piala Liga selepas tewas 0-1 kepada West Ham hari ini, Ole Gunnar Solskjaer berang Manchester United tidak diberikan sepakan penalti dalam situasi yang dianggap amat jelas.

Jaringan Manuel Lanzini pada minit ke-10 memisahkan kedua-dua pasukan di Old Trafford, namun secara keseluruhan Red Devils melancarkan 27 percubaan dalam perlawanan itu.

Ini kekalahan kedua United musim ini selepas tumpas kepada Young Boys pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara, dan Solskjaer menegaskan masih banyak yang perlu diperbaiki oleh anak-anak buahnya.

Jurulatih kelahiran Norway itu masih belum memenangi trofi sejak membimbing United hampir tiga tahun, dan dia melepaskan satu lagi peluang tetapi enggan menyalahkan sikap pemainnya.

JARINGAN Manuel Lanzini di awal permainan sudah cukup untuk membantu kemenangan 1-0 West Ham di Old Trafford. – AFP

“Selepas mereka mendapat gol awal kami bermain dengan amat baik, bila statistik menunjukkan 27 telah dilancarkan pasukan, itu bermakna pemain kami telah beraksi dengan bagus.

“Kami memberi tekanan, Mason Greenwood dibawa masuk dan dia meningkatkan lagi tekanan, tetapi kadangkala usaha anda tidak berhasil.

“Dia (Greenwood) membawa impak positif, segar dan tajam, namun kemasukannya agak terlambat. Pada enam atau tujuh minit terakhir kami memperoleh beberapa peluang tapi tidak berjaya,” kata Solskjaer yang melakukan 11 pertukaran selepas menewaskan lawan sama 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, tiga hari lalu.

JESSE Lingard (kiri) bercakap dengan pengadil, Jonathan Moss selepas dinafikan penalti pada pusingan ketiga Piala Liga awal pagi tadi. – AFP

Solskjaer percaya United patut mendapat sepakan penalti selepas Mark Noble menarik Jesse Lingard dalam kotak penalti.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi ia adalah penalti ke atas Lingard.

“Anda mahu layak (ke pusingan seterusnya) tetapi ia adalah musim yang panjang dan kami perlu memberi yang terbaik. Saya tidak boleh salahkan sikap pemain tetapi kami ada lagi perlawanan besar selepas ini,” katanya.

Ini kemenangan pertama dilakar pengendali West Ham, David Moyes ke atas bekas pasukannya sejak dipecat oleh United tidak sampai semusim pada 2014.

Ia juga kemenangan pertama West Ham di Old Trafford sejak 2007 dan mereka kini akan berdepan Manchester City pada pusingan keempat Piala Liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya