TRW tak rela jadi ‘lauk’ Piala Malaysia - Utusan Malaysia

TRW tak rela jadi ‘lauk’ Piala Malaysia

PEMAIN Kelantan FC bersedia memberi cabaran dalam kempen Piala Malaysia 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC tidak mahu sekadar menjadi pelengkap dalam kempen Piala Malaysia, sebaliknya bersedia memberi cabaran sengit.

Pemilik The Red Wa­rriors (TRW), Norizam Tukiman mahu pasukan Liga Perdana itu memperagakan aksi terbaik dan memberi tentangan se­ngit kepada setiap pasukan yang bakal ditentang.

“Dalam saingan tahun ini, saya menyasarkan untuk layak ke suku akhir walaupun bakal berdepan pasukan kuat pada aksi itu nanti.

“Bola sepak…sifirnya agak berbeza. Kadang-kadang bila lawan pasukan yang kuat pemain akan beraksi luar biasa.

“Berpandukan kepada aksi yang diperagakan semasa menang dengan Selangor FC II, tidak mustahil kita mampu memberi saingan kepada pasukan lain,” katanya.

Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham secara keseluruhan berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan Kelantan FC sepanjang saingan Liga Perdana musim ini.

Katanya, sebagai pemilik baharu kedudukan keenam dalam liga sudah memadai selepas me­nyasarkan tangga kelima.

“Pasukan saya ini tidak menggunakan bajet besar tapi menunjukkan prestasi baik.

“Jadi saya berpuas hati dengan apa yang diperoleh dan kebanyakkan kita gunakan pemain-pemain muda,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya