fbpx

6 Disember 2021, 1:20 pm

  TERKINI

Terima kasih Tuhan, halo – Hamilton

LEWIS Hamilton bernasib baik tidak mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan Max Verstappen pada Grand Prix Itali di Monza kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONZA: Lewis Hamilton berkata, dia merasakan seperti ‘ada sesuatu sedang memerhatikannya’ selepas terselamat daripada me­ngalami kecederaan parah pada Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Itali kelmarin.

Pemandu Mercedes itu terlibat dalam kemalangan dengan pencabar utama gelaran F1 musim ini, Max Verstappen, yang mendakwa Hamilton tidak memberi ruang ketika di selekoh.

Begitupun, juara dunia tujuh kali itu bernasib baik apabila bahagian halo (pelindung) melin­­dunginya daripada dihempap jentera Verstappen dalam kemalangan tersebut.

Hamilton mengakui, jika tiada halo, yang terletak di bahagian depan pemandu, dia mungkin ­cedera parah.

“Terima kasih Tuhan untuk halo. Ia menyelamatkan saya. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir jentera dapat mence­derakan kepala pelumba,” katanya.

Mengulas lanjut, pelumba Bri­tain itu berkata, dia mengalami sedikit kesakitan susulan kemalangan tersebut, namun tidak terlalu serius.

“Semua terjadi dengan sangat cepat dan ketika itu saya masih dalam mod perlumbaan. Saya dalam kesakitan dan cuba untuk keluar tetapi tidak berjaya kerana jentera sudah tersekat.

“Saya lihat Verstappen keluar dari jenteranya dan hanya berjalan. Saya agak terkejut kerana bila anda terlibat dalam kemalangan perkara utama adalah pastikan pelumba di belakang dalam ke­adaan baik,” jelasnya.

Ekoran insiden itu, Verstappen dipersalahkan dan menerima hukuman penalti tiga petak menje­lang perlumbaan GP Rusia pada 26 September depan. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI