Terbuka AS milik Djokovic atau Medvedev? - Utusan Malaysia

Terbuka AS milik Djokovic atau Medvedev?

NOVAK Djokovic (kiri) dan Daniil Medvedev akan membuat perhitungan dalam final Terbuka AS esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Selepas melepasi 27 halangan, Novak Djokovic hanya perlu mengatasi satu lagi cabaran untuk melengkapkan misi merangkul 21 gelaran Grand Slam, sekali gus memahat nama dalam Dewan Kemasyhuran tenis dunia.

Lawan yang bakal ditentang di final Terbuka Amerika Syarikat (AS) esok, Daniil Medvedev juga akan memahat sejarah memenangi Grand Slam pertamanya jika menang di Stadium Arthur Ashe.

Turun sebagai pemain pemain No. 1 dunia, Djo­kovic berhempas pulas menyingkirkan juara ­Olimpik yang juga pilihan keempat dari Jerman,

NOVAK Djokovic menewaskan Alexander Zverev 4-6, 6-2, 6-4, 4-6, 6-2 untuk mara ke final.

Jaguh Serbia itu perlu mencatat 28 kemenangan (tujuh perlawanan di Terbuka Austra­lia, Perancis, Wimbledon dan AS) untuk menyapu bersih empat kejuaraan Grand Slam yang dipertandingkan semusim.

Dalam sejarah tenis, hanya dua pemain lelaki pernah menjuarai semua Grand Slam pada musim yang sama – Don Budge (Amerika Syarikat, 1938) dan Rod Laver (Australia, 1969).

“Saya tahu semua mahu dengar saya bercakap tentang perkara itu tapi ketika ini, tiada apa yang hendak diperkatakan.

“Saya akan melayan perlawanan seterusnya seperti perlawanan terakhir dalam karier. Ayuh lakukan! Saya akan beri segala-galanya,” kata pemain berusia 34 tahun itu.

DANIIL Medvedev menumpaskan Felix Auger-Aliassime 6-4, 7-5, 6-2 dalam separuh akhir di New York.

Djokovic yang memburu gelaran Terbuka AS keempat akan menyamai rekod pemenang Grand Slam terbanyak bersama Roger Federer dan Rafael Nadal jika melakar kemena­ngan.

Sedar semua tumpuan ter­arah kepada Djokovic, Medvedev yang sudah penat sering tewas dalam final Grand Slam berharap peluang ketiga esok berakhir dengan kemenangan.

Jaguh Rusia berusia 25 tahun itu mara ke final Terbuka AS buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun selepas menewaskan pilihan ke-12 dari Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-4, 7-5, 6-2.

Medvedev kalah kepada Nadal di final Terbuka AS 2019 dan Terbuka Australia, Februari lalu di tangan Djokovic.

“Semakin anda kehila­ngan sesuatu, semakin anda mahu memenangi dan mendapatkannya,” kata Medvedev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya