Skuad angkat berat kebangsaan 'berkubur' - Utusan Malaysia

Skuad angkat berat kebangsaan ‘berkubur’

ISU doping yang tidak berkesudahan menyebabkan PABM terpaksa membubarkan skuad kebangsaan ketika Sukan Komanwel dan Asia hanya tinggal setahun untuk berlangsung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas sering dibelenggu isu doping, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengambil keputusan drastik membubarkan skuad kebangsaan berkuatkuasa pada 1 November depan ekoran kes terbaharu melibatkan dua atletnya.

Presidennya, Datuk Ayub Rahmat menjelaskan, pembubaran itu akan melibatkan keseluruhan pasukan, termasuk empat jurulatih serta 13 atlet bagi memberi laluan kepada pihaknya membentuk skuad baharu bagi menghadapi Sukan Komanwel dan Asia 2022.

Ayub menjelaskan, semua jurulatih dan atlet akan diberikan notis selama sebulan bermula esok sebelum skuad kebangsaan terbubar dengan sendirinya pada 1 November nanti.

“PABM dan MSN (Majlis Sukan Negara) melalui mesyuarat jawatankuasa kerja 20 September lalu bersetuju untuk membubarkan skuad angkat berat kebangsaan bagi membolehkan pasukan baharu dibentuk.

“Pembubaran akan berkuat kuasa 1 November depan dan semua jurulatih serta atlet akan diberikan notis sebulan pada 1 Oktober. Skuad baharu yang dibentuk nanti akan memfokuskan terhadap persediaan ke arah Sukan Komanwel 2022.

“Kejohanan pemilihan akan diadakan antara 18 hingga 20 Oktober dan terbuka kepada semua persatuan negeri. Kita akan tetapkan angkatan yang perlu dibuat oleh atlet,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Biarpun akan membentuk skuad baharu, namun Ayub percaya Malaysia memiliki kemampuan untuk mempertahankan dua pingat emas yang dimenangi pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

“Kita mempunyai keyakinan tinggi untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Gold Coast.

“Kita akan fokus kepada saingan kelayakan tertentu dahulu bagi mendapatkan mata untuk ke Sukan Komanwel 2022 nanti,” ujarnya.

Arena angkat berat negara gempar selepas dua atlet, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhammad Ikram Haikal Zuari didapati positif doping dalam tempoh kuarantin penuh yang dijalankan di MSN sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.