Schooling masuk khidmat negara - Utusan Malaysia

Schooling masuk khidmat negara

Joseph Schooling
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Joseph Schooling bakal menyertai latihan ketenteraan selepas Kementerian Pertahanan Singapura memaklumkan perenang tersebut akan mengikuti perkhidmatan wajib itu selama dua tahun.

Schooling, 26 dan bekas pe­renang finalis Olimpik, Quah Zheng Wen, 24 akan menjalani khidmat negara selepas mereka memohon untuk melanjutkannya.

“Penangguhan mereka telah tamat pada 31 Ogos lalu. Kedua-duanya akan mengikuti khidmat negara seperti yang dipersetujui mereka sebelum ini.

“Mereka akan didaftarkan selepas beberapa perkara dapat diselesaikan,” kata Kementerian Pertahanan negara itu dalam satu kenyataan.

Perenang tersebut sepatutnya mengikuti khidmat negara pada 2014, namun perlu menangguhkannya bagi memberi laluan kepada beberapa kejohanan besar termasuk Rio 2016, diikuti Tokyo 2020.

Schooling berkata, dia sangat berterima kasih atas sokongan kerajaan selama ini dan sedia untuk menabur bakti kepada negaranya semula.

“Sebagai anak Singapura, saya rasa bangga dapat berkhidmat untuk negara. Lebih penting lagi, keluarga saya sangat memerlukan saya.

“Tiba masanya untuk saya memenuhi segala menjalankan tugas dan berbakti kepada mereka,” kata Schooling yang gagal mempertahankan emas Olimpik 100m kuak kupu-kupu apabila tersekat di peringkat saringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya