Ronaldo 'bantutkan' perkembangan pemain muda United? - Utusan Malaysia

Ronaldo ‘bantutkan’ perkembangan pemain muda United?

JADON Sancho (kiri) dan Cristiano Ronaldo dua kemasukan baharu yang dibawa Manchester United musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo sudah menjawab segala keraguan apabila meledak tiga gol dalam dua perlawanan pertama sejak kembali ke pangkuan Manchester United, namun kini timbul kebimbangan mengenai kesan yang dibawa bintang Portugal itu terhadap pemain United yang lain.

Bintang muda England, Mason Greenwood memainkan peranan dengan baik sebagai penyerang utama sepanjang ketiadaan Edinson Cavani, namun keadaan berubah apabila Red Devils membawa masuk Ronaldo.

Pemain berusia 36 tahun itu menjadi pilihan utama Ole Gunnar Solskjaer untuk mengetuai serangan, dan situasi itu bukan saja menghadkan penampilan Greenwood, 19, malah Marcus Rashford yang mempamer aksi luar biasa musim lalu juga dijangka sukar menembusi kesebelasan utama sebaik saja kembali daripada kecederaan.

MASON Greenwoods dianggap bintang dalam pembikinan.

Solskjaer menandatangani seorang lagi pemain muda, Jadon Sancho dari Borussia Dortmund musim ini, namun pemain sayap England itu masih sukar menyesuaikan diri sejak tiba di Old Trafford.

Sama seperti Greenwood, Rashford, 23, dan Sancho, 21, masih sangat muda dan mempunyai karier yang panjang serta menarik tetapi bekas bintang Liverpool serta England, John Barnes bimbang kehadiran Ronaldo akan membantutkan perkembangan mereka.

MARCUS RASHFORD

“Pada usia 36 tahun, Ronaldo tidak akan beraksi secara konsisten buat Manchester United setiap minggu.

“Cristiano Ronaldo adalah pemain yang menakjubkan tetapi kita tidak tahu apa impak jangka panjang yang dibawanya di Manchester United?

“Apa akan berlaku kepada pemain seperti Marcus Rashford dan Jadon Sancho jika mereka tidak diberi peluang beraksi dengan lebih kerap disebabkan Ronaldo menjadi pilihan utama? Itu akan menganggu pembangunan mereka.

“Memang tidak diragui, Ronaldo antara pemain terbaik dunia dan dua jaringannya menentang Newcastle dan satu ketika bertemu Young Boyes sangat hebat tetapi apakah dia mampu mengulangi prestasi itu secara konsisten setiap minggu?

“United mempunyai banyak opsyen dan kekuatan lain, mereka cuma perlu bijak bagaimana hendak mengimbangi kemampuan pemain-pemain muda,” kata Barnes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya