Rindu Emma akhirnya terlerai - Utusan Malaysia

Rindu Emma akhirnya terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TUJUH minggu berada di Amerika Syarikat (AS), bintang dalam pembikinan, Emma Raducanu akhirnya dapat memeluk erat keluarganya di United Kingdom (UK) selepas pulang dengan kejayaan Grand Slam pertamanya di sana.

Kedua ibu bapa Emma terpaksa menyaksikan anaknya menjulang trofi Terbuka AS menerusi televisyen selepas mereka ‘dihalang’ ke sana susulan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di UK.

MEMAHAT sejarah muncul pemain dari pusingan kelayakan pertama menjuarai Terbuka Amerika Syarikat pada usia 18 tahun.

Begitupun masing-masing berjaya disatukan semula pada Khamis lalu apabila pemain berusia 18 tahun itu tiba di kediamannya di Kent setelah berhempas pulas di Stadium Arthur Ashe, New York.

“Ia satu kegembiraan apabila dapat pulang ke rumah. Hampir tujuh minggu saya meninggalkan keluarga dan saya sangat gembira tiba di sini.

“Buat masa ini, saya belum merangka kejohanan seterusnya, saya cuma ingin berehat dan menikmatinya selain menjalani pemulihan,” katanya yang menjadikan Simona Halep dan Li Na sebagai idolanya dalam sukan tenis.

Sekalipun tidak ditemani ibu bapanya, namun Emma dikatakan memperoleh sumber motivasi menerusi kehadiran ‘teman tapi mesra’ di AS, Benjamin Heynold, yang juga kenalan zaman kecil.

Menurut The Sun, kedua-duanya saling mengenali sejak mereka berusia enam tahun apabila beraksi bersama dalam kejohanan junior.

EMMA bersama Benjamin Heynold yang sudah dikenali sejak kecil.

Selepas kemenangan Raducanu, Heynold memuat naik beberapa gambar kemesraan mereka berdua dengan kapsyen ‘sejarah’.

Dalam pada itu, Emma yang juga peminat Formula Satu (F1) melaungkan kesediaan untuk memburu lebih banyak kejuaraan selepas selesai menjalani tempoh rehat.

“Saya mempunyai beberapa hari untuk berehat. Saya mahukannya selepas hampir dua bulan bekerja keras.

“Begitupun, sejurus membuat latihan, saya sedia untuk memburu lebih banyak kejayaan pada kejohanan akan datang,” kata Emma yang bersekolah sama dengan juara dunia pecut, Dina Asher-Smith di Newstead Wood School, Orpington.

EMMA bersama ibunya, Renee yang berasal dari Shenyang, China.

Dia memiliki beberapa kebolehan seperti mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dan sering menonton rancangan televisyen Taiwan dan menikmati makanan Romania.

Emma dan keluarganya berpindah ke England ketika berusia 2 tahun, sebelum berjinak dengan sukan tersebut pada usia lima tahun.

Sejak kecil, dia sangat aktif dan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis sukan termasuk bola keranjang, golf, gokart, motocross, ski, menunggang kuda selain tarian balet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya