Rahadiazli nampak ganas tapi pemalu - Utusan Malaysia

Rahadiazli nampak ganas tapi pemalu

Rahadiazli Rahalim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NAMA penjaga gol muda Terengganu FC, RAHADIAZLI RAHALIM, 20, mula meniti di bibir peminat bola sepak tempatan sejak membarisi skuad utama Sang Penyu dalam Liga Super.

Bercita-cita menjadi penjaga gol No. 1 negara, pemain kelahiran Setiu, Terengganu itu kini dalam usaha mengembalikan tahap kecergasan terbaik akibat kecederaan pada awal musim ini.

Menyifatkan dirinya seorang yang kuat berangan dan pemalu, pemain muda berbakat besar itu bagaimanapun masih sempat berkongsi sedikit rahsia peribadi dengan wartawan Mingguan Malaysia, TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF dalam ruangan Tanya Je…minggu ini.

1. Selain penjaga gol, posisi mana anda boleh bermain?
Pertahanan.

2. Siapakah idola anda di posisi penjaga gol?
Pemain Manchester United, David De Gea adalah idola saya.

DAVID DE GEA

3. Jika menerima tawaran Barcelona dan Real Madrid, pasukan mana yang anda pilih?
Real Madrid kerana mereka mempunyai semangat berpasukan yang kuat dan ditaja Adidas.

REAL Madrid kelab Sepanyol pilihan Rahadiazli.

4. Pengalaman manis bersama Terengganu FC?
Kebangkitan ketika menewaskan Kedah 4-3 musim lalu, walaupun saya mengalami kecederaan dalam perlawanan itu.

5. Hobi di masa lapang?
Saya gemar bermain permainan PUBG.

SIAPA yang berminat boleh buka ‘room’ lawan Rahadiazli.

6. Saiz kasut anda?
9 UK (United Kingdom).

7. Jika diberi peluang berlakon, watak yang anda mahu bawa?
Mungkin penonton tak suka sebab saya tidak pandai berlakon.

8. Filem terakhir yang ditonton?
Death Race.

9. Destinasi pelancongan idaman anda?
UK kerana ingin melihat budaya dan cara hidup masyarakat di sana.

10. Dua perkara orang tidak tahu mengenai anda?
Sebenarnya saya kuat berangan dan sangat pemalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×