Raducanu ‘pukau’ Kate Middleton - Utusan Malaysia

Raducanu ‘pukau’ Kate Middleton

KATE Middleton (kiri) teruja dapat bergandingan bersama Emma Raducanu dalam acara beregu ketika bertemu juara Terbuka AS itu di Pusat Tenis Nasional, Roehampton, London semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Terkenal sebagai pe­minat tenis tegar, Duchess of Cambridge, Kate Middleton ‘terpesona’ dapat berganding dengan pemain remaja sensasi Britain, Emma Raducanu yang baru merangkul kejuaraan Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Middleton bertemu bintang berusia 18 tahun itu di Pusat Tenis Nasional, Roehampton semalam dan mengambil kesem­patan untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya.

Bagaimanapun dia tidak hanya beramah mesra dengan Raducanu, malah sempat bermain dalam acara beregu dan perlawanan ‘kompetitif’.
Raducanu turut menyifatkan pukulan depan Middleton sa­ngat ‘menakjubkan’.

“Kate benar-benar terpesona bertemu Emma. Dia pasti terfikir, ‘ini hari yang luar biasa’.

“Kate juga manusia biasa. Di sebalik perkara-perkara luar biasa yang sering dilakukan, dia boleh terpukau bila bertemu seseorang yang amat diminati.

“Dia amat meminati tenis, malah anak-anaknya dihantar ke kelab tenis, jadi dapat bertemu pemecah rekod adalah pengalaman menakjubkan,” kata penulis diraja, Duncan Larcombe kepada majalah OK!.

Dalam perkembangan berkaitan, Raducanu meng­umumkan untuk menggantikan jurulatihnya, Andrew Richardson dengan orang yang lebih berpengalaman dalam Jelajah WTA.

Richardson jurulatih yang membimbing Raducanu ketika beraksi dalam kejohanan utama keduanya.

“Saya perlukan jurulatih yang ada pengalaman peringkat tertinggi dan Jelajah WTA.

“Saya masih baharu dan perlu seseorang yang boleh membimbing saya di sini,” katanya yang mengakui berat untuk memecat Richardson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya