Raducanu pahat sejarah Terbuka AS - Utusan Malaysia

Raducanu pahat sejarah Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sudahpun melakar sejarah dengan mara ke final tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu memahat satu lagi sejarah apabila muncul pemain  pusingan kelayakan pertama merangkul kejuaraan selepas menewaskan Leylah Fernandez sebentar tadi.

Pemain remaja Britain berusia 18 tahun itu mengalahkan remaja berusia 19 tahun dari Kanada, Fernandez 6-4, 6-3.

EMMA Raducanu menewaskan Leylah Fernandez dalam pertembungan dua pemain remaja di New York.

Ini kali pertama perlawanan akhir Terbuka AS menemukan dua pemain remaja sejak Serena Williams menumpaskan Martina Hingis pada 1999.

Bukan sekadar merangkul gelaran Grand Slam pertamanya, malah Raducanu juga menang tanpa tewas sebarang set dalam 10 perlawanan, termasuk di pusingan kelayakan.

Raducanu muncul pemain wanita Britain pertama merangkul kejuaraan Grand Slam sejak Virginia Wade muncul juara Wimbledon 1977.

Pada usia 18 tahun, dia juga muncul juara Grand Slam termuda sejak Maria Sharapova merangkul kejuaraan Wimbledon 2004 pada usia 17 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya