fbpx

22 Oktober 2021, 11:55 am

  TERKINI

Piala Malaysia penanda aras Sarawak

PEMAIN Sarawak United meraikan kejayaan muncul naib juara Liga Perdana selepas tamat perlawanan menentang JDT II di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penampilan Sarawak United dalam Piala Malaysia yang bermula Ahad ini akan menjadi penanda aras kemampuan sebenar mereka sebelum melangkah ke kancah elit Liga Super musim depan.

Diundi dalam Kumpulan A bersama Penang FC, Kuala Lumpur City FC dan Sri Pahang FC, skuad Enggang Emas akan berdepan tugas sukar untuk memburu tiket ke peringkat seterusnya.

Begitupun, peluang berdepan semua kelab Liga Super mampu menguji tahap sebenar Sarawak dan apa yang perlu diperbaiki sebelum melangkah ke musim baharu 2022, kata pengenda­linya, E. Elavarasan.

“Bagi saya, ketiga-tiga pa­s­ukan ini (Liga Super) berpeluang ke pusingan seterusnya dan tidak ada di antara mereka mahu kehilangan mata apabila berdepan pasukan dari Liga Perdana seperti kami.

“Kami akan beri tenta­ngan hebat dan lihat sejauh mana mampu melangkah,” kata­nya.

SELEPAS muncul naib juara Liga Perdana, Sarawak United akan menggunakan Piala Malaysia untuk menguji kemampuan sebelum bersaing dalam Liga Super musim depan.

Kelmarin, Sarawak gagal merangkul kejuaraan Liga Perdana selepas sekadar seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada ketika pencabar utama mereka, Negeri Sembilan menumpaskan PDRM FC 4-2 untuk bergelar juara.

Skuad Enggang Emas itu mensia-siakan kelebihan lima mata ketika saingan berbaki tiga perlawanan setelah gagal merekod sebarang kemenangan dan hanya mengutip satu mata sebelum dipintas Negeri Sembilan.

Sementara itu, Elavarasan berkata, ketiadaan beberapa pemain yang digantung seperti Sharbinee Allawee Ramli, Amer Saidin dan Badrul Affendy Fadzli akan menjejaskan pasukan dalam kempen awal Piala Malaysia.

“Kita terima kenyataan tidak dapat menggunakan khidmat mereka dalam beberapa perlawanan (Piala Malaysia). Jadi, pemain lain akan isi posisi yang ditinggalkan dan perlu melakukan tugas dengan sebaik mungkin,” katanya yang pernah membawa PKNS FC mara ke suku akhir Piala Malaysia 2016.

POPULAR

KOSMO! TERKINI