Perebutan penjaga gol No. 1 Chelsea makin sengit - Utusan Malaysia

Perebutan penjaga gol No. 1 Chelsea makin sengit

KEPA Arrizabalaga sekali lagi cemerlang dalam situasi sepakan penalti ketika membantu Chelsea menyingkirkan Aston Villa pada pusingan ketiga Piala Liga awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perebutan posisi penjaga gol No. 1 Chelsea semakin sengit selepas Kepa Arrizabalaga sekali lagi cemerlang dalam penentuan sepakan penalti ketika membantu Blues menyingkirkan Aston Villa pada pusingan ketiga Piala Liga awal pagi tadi.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas dua pasukan Liga Perdana Inggeris itu terikat 1-1 dalam masa sebenar.

Reece James meledak gol kemenangan dalam aksi penentuan penalti yang dramatik di Stamford Bridge, sekali gus membawa Blues berdepan Southampton pada pusingan keempat.

Sejak kehadiran Edouard Mendy di Chelsea, Kepa kehilangan tempat sebagai penjaga gol utama, namun bintang Sepanyol itu sering cemerlang dalam situasi penalti.

Dia sebelum ini turut menjadi wira Blues dalam Piala Super UEFA menentang Villarreal, Ogos lalu yang menyaksikan kelab London itu muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 setelah perlawanan terikat 1-1.

KEPA Arrizabalaga dan Reece James meraikan kemenangan Chelsea di Stamford Bridge, London.

Dalam aksi hari ini, Kepa menyelamatkan percubaan Marvelous Nakamba, manakala tendangan Ashley Young tersasar, dan peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh James yang menyudahkan sepakan penalti terakhir Chelsea.

“Kepa sekali lagi menjadi wira kami. Dia sangat hebat dalam menyelamatkan sepakan penalti. Ia amat membantu apabila anda ada pengalaman.

“Kami mencuba yang terbaik dan saya gembira pemain kekal tenang dan melakukan apa yang sepatutnya. Satu kemenangan yang baik kerana ia perlawanan yang sukar,” kata jurulatih Chesea, Thomas Tuchel.

Selepas kedudukan terikat 0-0 pada babak pertama, jaringan Timo Werner membolehkan Chelsea mendahului 1-0 pada minit ke-54, namun gol penyamaan Cameron Archer, minit ke-64 mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya