Pengadil cemas kereta dibakar penyokong - Utusan Malaysia

Pengadil cemas kereta dibakar penyokong

KEADAAN kereta pengadil yang rosak terus selepas dibakar samseng bola sepak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengadil liga utama Bosnia, Sabrija Topalovic berdepan detik cemas apabila samseng bola sepak bertindak membakar keretanya ketika dalam perjalanan pulang daripada mengadili perlawanan.

Insiden menakutkan itu berlaku selepas Topalovic me­ngadili aksi Liga Perdana Bosnia antara Velez Mostar menentang Borac Banja Luka, kelmarin.

Penyokong tuan rumah yang berang dengan beberapa keputusan pengadil menyerbu ke dalam padang selepas Mostar tewas 0-2.

Kemarahan mereka berlarutan hingga ke luar padang apabila Topalovic yang memandu pulang ke Sarajevo bersama dua pembantunya dihadang empat lelaki dalam terowong.

Menurut media tempatan, suspek bertindak merosakkan kereta Topalovic sebelum membakarnya, namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Ketiga-tiga pegawai itu berjaya melarikan diri ketika kereta Mercedes yang dinaiki mereka sedang marak disambar api.

Seorang pembantu Topalovic terpaksa mendapat rawatan di hospital, namun kereta itu tidak dapat diselamatkan.

“Tiga lelaki bertindak merosakkan kereta pegawai perlawanan sebelum menyalakan api.

“Seorang daripada pegawai mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital di Jablanica. Kami masih memburu suspek,” kata jurucakap polis Mostar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.