Pembukaan Piala Malaysia mungkin tanpa penonton - Utusan Malaysia

Pembukaan Piala Malaysia mungkin tanpa penonton

AB GHANI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kepulangan semula penonton ke stadium kemungkinan tidak dapat dilaksanakan pada perlawanan pertama Piala Malaysia 2021 jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi ‘lampu hijau’ seawal hari ini.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, ini kerana setiap pasukan tidak mempunyai masa cukup untuk me­nyambut kehadiran semula penonton ke stadium memandangkan sepak mula edisi ke-100 itu akan bermula Ahad ini.

“Saya rasa dengan jarak yang begitu rapat, misal kata kebenaran tersebut diumumkan pada Jumaat, jadi agak sukar untuk pa­sukan membuat persediaan (menyambut kepulangan penonton) pada perlawanan pertama.

“Sebagai contoh, ketika penonton dibenarkan masuk (pada April lalu), hanya dua venue disediakan untuk tempoh percubaan iaitu di Johor dan Kuala Lumpur.

“Pasukan lain pula akan bersiap sedia dengan mengikut dua venue tadi sebagai contoh,” kata Ab. Ghani ketika dihubungi Utusan Malaysia kelmarin.

Mengulas lanjut, Ab. Ghani menegaskan, ­hanya penyokong yang sudah dilengkapi dua dos vaksin Covid-19 boleh memasuki stadium nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya