Mane ledak gol ke-100, Salah 'mengganas' lagi - Utusan Malaysia

Mane ledak gol ke-100, Salah ‘mengganas’ lagi

MOHAMED Salah meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menumpaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Sadio Mane meledak gol ke-100 bersama Liverpool dan Mohamed Salah terus mempamer sentuhan pemusnah untuk menghantar Reds ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Crystal Palace 3-0 sebentar tadi.

Jaringan ke-100 Mane hadir dalam penampilan ke-224 bersama Liverpool, sekali gus membolehkannya memahat rekod Liga Perdana sebagai pemain paling banyak meledak gol ke atas pasukan yang sama.

Ini kali kesembilan berturut-turut pemain antarabangsa Senegal itu membolosi gawang Palace, namun apa yang lebih penting dia sudah meledak tiga gol musim ini.

SADIO Mane membuka jaringan Liverpool pada minit ke-43 ketika berdepan Crystal Palace di Anfield hari ini. – AFP

Anak-anak buah Jurgen Klopp kini mengharungi lima perlawanan tanpa kalah. Mereka menang empat kali dan seri sekali, iaitu 1-1 ketika berdepan Chelsea.

Tonggak pertahanan Perancis, Ibrahima Konate yang dibeli dari RB Leipzig turut membuat penampilan pertama bersama Reds, malah Liverpool melakukan enam pertukaran berbanding skuad yang menumpaskan AC Milan 3-2 pada saingan Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Virgil van Dijk kembali memperkuatkan pertahanan tengah, James Milner mengisi posisi bek kanan, mengambil alih tempat Trent Alexander-Arnold dan Kostas Tsimikas menggantikan Andy Robertson di bek kiri.

Salah yang menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-78 telah meledak lima gol musim ini, manakala Naby Keita melengkapkan kemenangan 3-0 dengan gol ketiga Reds, seminit sebelum tamat permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.