Liga M3 jadi mangsa Covid-19 buat kali kedua - Utusan Malaysia

Liga M3 jadi mangsa Covid-19 buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Amatur (AFL) membuat keputusan untuk membatalkan saingan Liga M3 musim ini.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa aspek terutamanya berkaitan aspek keselamatan dan kekangan yang dihadapi pihak AFL.

“AFL pada dasarnya ingin meneruskan pertandingan dengan pilihan untuk menganjurkannya secara gelembung sukan bermula November 2021 dan telah membentangkan kertas kerja kepada semua pasukan, namun begitu, pembatalan diputuskan setelah mengambil kira segala faktor termasuk hal-hal pengoperasian, aspek keselamatan serta kekangan yang dihadapi oleh AFL dan pasukan.

“Majoriti pasukan turut bersetuju agar Liga M3 2021 ini dibatalkan dan mengalihkan fokus sepenuhnya kepada Liga M3 2022,” kata Pengerusi AFL, Datuk Yusoff Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Liga M3 2022 dirancang untuk membuka tirainya seawal Februari tahun hadapan dan AFL akan mengekalkan penyertaan kesemua Pasukan yang telah disahkan penyertaannya bagi Liga M3 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya