Pemuda UMNO tuntut penjelasan Anwar isu mafia korporat, skandal lain

Pemuda UMNO tuntut penjelasan Anwar isu mafia korporat, skandal lain

MUHAMAD Akmal Saleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung termasuk dakwaan berkaitan ‘mafia korporat’, isu lombong di Sabah dan kerugian Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) yang hingga kini masih menjadi tanda tanya.

Ketuanya, Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, kepemimpinan Pakatan Harapan (PH), terutama Pengerusinya perlu menjelaskan status siasatan beberapa skandal yang sehingga kini belum ada tindakan lanjut.

“Saya mahu tanya kepada Anwar, apa cerita ‘mafia korporat’? Beliau sebelum jadi kerajaan dulu kata hendak tangkap bekas (Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri) Azam Baki. Tetapi, bila sudah jadi Perdana Menteri, apa cerita ini? 

“Saya mahu tanya juga apa cerita kes lombong dekat Sabah? Kalau hendak kata kita sakau, bekas Setiausaha Politik Kanan (Anwar) dan Albert Tei. Dia (bekas Setiausaha Politik Kanan Anwar) pakai baju oren dia tak cakap… Albert Tei mengaku beri rasuah pada dia, ada video.

“Video dekat Sabah pun dia (Anwar) kata sampai sekarang tak tahu apa kisahnya. Apa dia? Editing (disunting)? Geli saya hendak tengok (video itu)… apa cerita, jawablah,” katanya di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Dr. Muhamad Akmal turut menasihatkan pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah supaya tidak segan dengan pertuduhan dikemukakan ke atas mereka, selagi belum disabitkan kesalahan.

“Pendakwaan ini belum bermaksud kita bersalah. Jadi apa kita mahu segan? Kita kena sokong pemimpin kita! Bagi sokongan moral kepada pemimpin kita.

“Jangan rasa rendah diri atau malu sebab pemimpin kita belum dibuktikan bersalah. Pemimpin mereka, Anwar dua kalilah disabitkan kesalahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×