Kemenangan ke-100 Hamilton luar biasa - Utusan Malaysia

Kemenangan ke-100 Hamilton luar biasa

LEWIS Hamilton meraikan kejayaan menjuarai Grand Grand Prix Rusia bersama krew pasukan di Litar Sochi Autodrom semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI: Lewis Hamilton menyifatkan kejayaan muncul pelumba pertama merangkul 100 kemenangan dalam Formula Satu (F1) sesuatu yang ajaib, manakala prinsipal Mercedes, Toto Wolff pula menganggap ia pencapaian sangat luar biasa.

Pemandu Britain berusia 36 tahun itu memenangi perlumbaan ke-100 dalam kariernya selepas menjuarai Grand Prix (GP) Rusia di Sochi semalam.

Juara dunia tujuh kali itu juga berjaya merampas kedudukan pendahulu dunia dengan dua mata mengatasi musuh ketatnya, Max Verstappen yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

KOMBINASI 100 kemenangan yang diraih Lewis Hamilton sepanjang kariernya dalam Formula Satu.

“Ia detik ajaib. Saya tidak pernah bayangkan akan terus berada di sini dan mempunyai peluang memenangi perlumbaan serta berlumba dengan bakatbakat hebat dalam karier saya.

“Terus bekerjasama dengan Mercedes sesuatu yang amat membanggakan saya, bukan sahaja di atas litar tetapi juga di luar. Ia saat istimewa buat semua yang terlibat,” katanya.

Hamilton memenangi perlumbaan F1 pertamanya pada Grand Prix Kanada 2007, iaitu pada usia 22 tahun ketika memandu buat pasukan McLaren.

Kemenangan ke-99 hadir di laman sendiri di Silverstone, Julai lalu, namun ia diraih dalam keadaan kontroversi.

“Ada masanya saya pernah terfikir, ia (kemenangan ke-100) mungkin tidak akan berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.