Kasut Emas jadikan Lewandowski lebih kuat - Utusan Malaysia

Kasut Emas jadikan Lewandowski lebih kuat

ROBERT Lewandowski memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebagai penjaring terbanyak musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH, Jerman: Robert Lewandowski berjanji anugerah Kasut Emas Eropah yang dimenangi akan menjadikan dia lebih kuat.

Penyerang Bayern Munich itu muncul penjaring terbanyak musim lalu selepas meledak 41 gol dalam 29 perlawanan Bundesliga, mengatasi pesaing lain termasuk Kylian Mbappe dan Erling Haaland.

Lewandowski, 33, berkata, dia masih mempunyai ruang untuk diperbaiki, selain berterima kasih kepada Bayern, keluarga, terutama isteri, Anna yang memberi sokongan buatnya selama ini.

“Saya masih di sini dan akan terus berada di sini untuk tempoh yang lama.

“Usia hanya angka, saya rasa bagus dan petunjuk saya tidak pernah sebagus ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan seluruh warga Bayern.

“Saya tidak akan memenangi pengiktirafan ini tanpa sokongan mereka. Dalam sukan, sama seperti kehidupan amat penting untuk kita menghargai satu sama lain, memberi sokongan, dan sentiasa berlaku adil.

“Atas sebab itu saya kongsikan anugerah ini kepada semua yang berada di sisi saya setiap hari. Saya amat gembira dengan apa yang kami capai sebagai satu pasukan. Terima kasih,” kata Lewandowski.

Sepanjang kariernya, bintang Poland itu sudah meledak 230 gol dalam 231 penampilan bersama Bayern sejak 2016.

Dia membuktikan prestasinya masih di tahap terbaik selepas menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya