Kalau bukan pelumba, saya jurugambar - Utusan Malaysia

Kalau bukan pelumba, saya jurugambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IMEJ rambut ‘afro’ Fadhil Zonis membuatkan jaguh lumba basikal trek negara itu mudah dikenali.
Dianggap juara dalam pembikinan, Fadhil antara yang berada dalam radar jurulatih kebangsaan, John Beasley untuk membentuk trio pecut berpasukan pada Sukan Olimpik 2024 Paris.Berusia 24 tahun, dia bukan sahaja memegang rekod kebangsaan, malah Asia bagi acara 1 kilometer ujian masa selepas mencatat masa 1 minit 00.305 saat dalam Kejohanan Dunia Berlin tahun lalu. Bersama wartawan Mingguan Malaysia, SUFIAN HADI SOJAK, ruangan Tanya Je… minggu ini mengupas secara santai sisi menarik bekas pelumba No. 1 dunia dalam ujian masa itu.

1. Kalau dibenarkan membela haiwan liar, binatang apa anda ingin bela?
Harimau. Disebabkan harimau tergolong dalam keluarga kucing besar. Perwatakan pun hampir sama seperti kucing.

2. Kalau anda pemandu Grab, artis mana yang anda ingin bawa?
Alif Satar, dia seorang yang low profile dan humble.

3. Kalau ada poket Doraemon, alat apa yang ingin anda keluarkan?
Alat-alat berkaitan kamera atau fotografi. Saya sangat berminat dalam bidang jurugambar.

4. Kalau dapat duit raya RM200, apa yang ingin anda buat?
Beli pelbagai juadah makanan dan pergi berkelah di tepi pantai bersama keluarga.

5. Tiga negara yang anda mahu lawati?
– Istanbul, Turki
– Bali, Indonesia
– Chiang Mai, Thailand

6. Kalau anda seorang guru, ingin mengajar apa?
Pendidikan Jasmani. Dapat mengajar murid-murid gaya hidup sihat.

7. Kalau anda tauke restoran, makanan/masakan yang mahu dijual?
Mee goreng mamak! Makanan kegemaran saya.

8. Kalau bukan atlet, anda mungkin bekerja sebagai apa?
Photographer (jurugambar) atau barista.

9. Serangga paling ditakuti?
Semut Charlie, kesan dari gigitan boleh menyebabkan radang kulit. Menakutkan!

10. Cerita kartun paling anda suka?
One piece. Jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN