fbpx

Jin Wei sudah lama tahan sakit

GOH JIN WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pemain berbakat besar, Goh Jin Wei mengucapkan selamat tinggal kepada badminton pada usia yang baru menginjak 21 tahun mengejutkan ramai peminat, namun bagi rakan sepasukannya, Soh Wooi Yik ia keputusan
yang tepat.

Pemenang pingat gangsa beregu Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu mendedahkan, dia sudah lama mengenali Jin Wei dan sangat bersimpati dengan apa yang terpaksa ditempuhi pemain itu setiap hari semasa menjalani latihan.

Semalam, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Jin Wei bakal menggantung raket selepas tamat tugasan terakhirnya bersama skuad kebangsaan pada Piala Uber di Denmark dari 9-17 Oktober ini kerana isu kesihatan.

“Dia kena makan ubat setiap hari danvkalau makan ubat, dia tidak boleh makan banyak menyebabkan dia tiada tenaga.

“Keadaan akan menjadi lebih teruk ketika kejohanan,” kata Wooi Yik.

Jin Wei mengalami masalah sembelit yang kronik sehingga terpaksa melakukan pembedahan usus pada 2019.

Begitupun, keadaan tidak menjadi semakin baik buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu untuk meneruskan karier sebagai pemain badminton.

Berita tersebut adalah tamparan buat badminton negara kerana Jin Wei dianggap juara dalam pembikinan selepas merangkul
dua gelaran remaja dunia, selain meraih pingat emas Sukan SEA 2017 pada usia 17 tahun.

Bagaimanapun ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.

Persaraan awal Jin Wei juga menyedihkan keluarganya yang sanggup berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur demi menyokong karier bintang negara itu.

Dalam pada itu, Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Memang saya sudah dimaklumkan tentang perkara ini dan saya beritahu dia untuk membuat pengumuman apabila sudah bersedia,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI