Jijoe mampu ‘bantu’ kemenangan Amarjit - Utusan Malaysia

Jijoe mampu ‘bantu’ kemenangan Amarjit

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pencapaian Datuk Azizulhasni Awang dalam Sukan Olimpik mampu memberi kelebihan buat Datuk ­Amarjit Singh memenangi pemilihan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) 2021.

Amarjit yang merupakan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mempertahankan jawatan wakil Asia tunggal dalam Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UCI, Jumaat ini.

Kejayaan Azizulhasni memenangi pingat perak acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 dan sebelum itu meraih gangsa di Rio 2016 menyaksikan delegasi dunia memandang tinggi keupayaan pemimpin dari Malaysia.

Selain melakar kejayaan gemilang di Olimpik, Azizulhasni, 33, juga pernah dinobat sebagai juara dunia 2017.

Ada tiga calon yang akan mencabar Amarjit iaitu Syeikh Khalid Al-Khalifa (Bahrain), Sun Weimin (China) dan Mohsen Solgi (Iran).

AMARJIT SINGH

 

“PKBM telah mengeluarkan surat rasmi bagi mengesahkan Amarjit mendapat sokongan padu daripada semua Ahli Exco dan Ahli Majlis pada pertandingan jawatan wakil Asia ke Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UCI.

“Saya yakin beliau akan memenangi kerusi tunggal tersebut. Ini berdasarkan maklumat yang saya terima dan dikumpul oleh pasukan khas PKBM,” kata Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab.

Amarjit ketika dihubungi di Leuven menjelaskan, beliau berpeluang bertemu delegasi Eropah dan Afrika bagi menjelaskan manifesto pada Pilihanraya UCI 2021.

“Majoriti delegasi yang saya temui bangga dengan pencapaian Malaysia menang pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Ogos lalu. Ini memberikan keyakinan positif kepada saya,” katanya.

Seramai 45 delegasi akan mengundi dalam Pilihanraya UCI 2021 di Leuven, Belgium itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya