Ibu mahu Ronaldo balik Lisbon - Utusan Malaysia

Ibu mahu Ronaldo balik Lisbon

DOLORES mempunyai pengaruh besar dalam karier dan kehidupan Cristiano Ronaldo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Ibu Cristiano Ronaldo, Dolores menangis kegembiraan apabila dia kembali bersama Manchester United tetapi berharap anaknya akan kembali bersama Sporting Lisbon.

Dolores juga menangis melihat bintang Portugal itu menjaringkan dua gol ketika menang 4-1 ke atas Newcastle di Old Trafford dalam penampilan semula selepas 12 tahun.

Pemain berusia 36 tahun itu berada dalam tekanan kerana terpaksa membuat keputusan berpindah selepas kariernya semakin tiba di penghujung.

“Ronaldo perlu kembali (ke Sporting), dia akan kembali untuk saya.

“Dia suka menonton perlawanan Sporting. Saya sudah beritahu, sebelum saya mati saya mahu lihat dia kembali ke Sporting,” katanya.

Ronaldo lahir daripada sistem remaja Sporting sebelum menyertai United pada 2003.

Dia kemudian meninggalkan Old Trafford pada 2009 untuk menyertai Real Madrid dan kembali musim ini selepas tiga musim di Juventus.

Penyerang itu mengambil jersi No.7 daripada Edinson Cavani dan dijangka memakai nombor sama sekiranya menyertai Sporting.

“Sekarang No.7 milik Bruno Tabata tetapi jika Ronaldo kembali, ia akan jadi miliknya.

“Jualan jersinya akan membantu kelab lihat sahaja apa yang berlaku di Manchester,” kata Dolores. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya