fbpx

Hamilton rasa bersalah langgar krew pasukan

LEWIS Hamilton dihantui rasa bersalah kerana tidak sengaja terlanggar krew Mercedes di hentian pit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI: Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton cemas seketika sebelum memohon maaf kerana terlanggar mekanik pasukan Mercedes secara tidak sengaja dalam sesi latihan Grand Prix Rusia kelmarin.

Pemandu Britain itu menyuarakan permohonan maaf kerana kelewatannya menekan brek ketika memasuki hentian pit pasukan Mercedes menyebabkan dia terlanggar jack (peng­angkat) kereta yang dipegang krew berkenaan menyebabkan dia terjatuh.

Mekanik tersebut kemudian berlari ke arah belakang sambil menunjukkan isyarat dia dalam keadaan baik tetapi sedikit kerkejut.

“Maaf tentang perkara itu, adakah dia OK?,” tanya Hamilton.

Bagaimanapun, pasukan Mercedes mengesahkan bahawa ahli pasukannya tidak mengalami sebarang kecederaan namun tindakan itu meninggalkan kesan kepada Hamilton yang dihantui ketakutan.

“Saya percaya ini adalah kali pertama saya melakukan perkara sebegitu kepada mekanik selepas 14 tahun. Saya sangat risau.

“Syukurlah dia baik-baik saja. Dia cukup berani berdiri di depan kereta seperti itu.

“Kita semua melakukan kesilapan, ini adalah sebahagian dari perjalanan tetapi bagaimana kita kembali semula itu adalah lebih penting,” kata Hamilton.” – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN