Halep kata ‘ya’ kepada Iuruc - Utusan Malaysia

Halep kata ‘ya’ kepada Iuruc

SIMONA Halep melangsungkan perkahwinan dengan Toni Iuruc di Constanta, Romania kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONSTANTA, Romania: Bekas pemain No. 1 dunia, Simona Halep mengambil rehat seketika daripada jadual tenis yang padat untuk mengahwini teman lelakinya, Toni Iuruc di bandar kelahirannya, Constanta, Romania kelmarin.

Halep berkongsi gambar perkahwinannya di media sosial, dan dia dibanjiri ucapan tahniah, termasuk daripada jurulatihnya, Darren Cahill.

“Hari ini Simo dan Toni berkahwin secara rasmi. Tahniah buat anda berdua, pasangan yang hebat,” tulis Cahill.

Halep yang genap 30 tahun pada 27 September ini mendedahkan mengenai perkahwinannya ketika ditemuramah stesen televisyen Romania beberapa minggu lalu.

“Ia majlis yang indah. Saya sangat emosional. Ini adalah emosi berbeza berbanding memenangi Grand Slam. Ia sangat peribadi, tenis tetap kekal tenis.

“Ini satu langkah penting dan saya gembira dan saya sangat gembira majlis ini akhirnya berlangsung,” kata Simona.

Biarpun tidak mendedahkan identiti suaminya, namun tersebar di media sosial bahawa Iuruc seorang ahli perniagaan berstatus hartawan.

Perkahwinan adalah majlis yang memberi keceriaan buat juara Grand Slam dua kali itu selepas mengharungi musim yang mengecewakan.

Halep terpaksa berehat dua bulan akibat keceraan kaki yang dialami di Rom pada Mei, yang menyebabkan dia terlepas Terbuka Perancis dan Wimbledon, dua kejohanan Grand Slam yang permah dimenangi.

Dia menolak untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo dan hanya kembali beraksi pada Ogos, yang mana dia berjaya melangkah ke pusingan 16 akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) tetapi tewas kepada Elina Svitolina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya