Giroud, Ibrahimovic mampu jadi pemusnah - Utusan Malaysia

Giroud, Ibrahimovic mampu jadi pemusnah

ZLATAN IBRAHIMOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: AC Milan yang membuat kemunculan semula dalam Liga Juara-Juara sejak 2013 dijangka menggunakan dua pemain veteran – Zlatan Ibrahimovic dan Olivier Giroud untuk berdepan Liverpool apabila membuka kempen di Anfield esok.

Biarpun bakal menginjak 40 tahun pada 3 Oktober depan, namun Ibrahimovic yang baru kembali dari berehat panjang akibat kecederaan mempamer aksi cemerlang dengan meledak gol ketika membantu Milan menewaskan Lazio 2-0 dalam saingan Serie A kelmarin.

Selepas diketepikan daripada perlawanan menentang Lazio, Giroud, 34, sedia diturunkan untuk bertemu Reds setelah disahkan negatif Covid-19.

OLIVIER GIROUD

Liverpool bangkit dari ketinggalan 0-3 untuk mengalahkan Milan menerusi penentuan sepakan penalti dalam final Liga Juara-Juara 2005, namun Milan menang 2-1 pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan pada 2007.

Diletak dalam kumpulan maut yang turut dibarisi Atletico Madrid serta Porto, kekalahan di Anfield akan memberi kesukaran buat Liverpool dan mereka mahu memulakan kempen dengan kemenangan.

Kejayaan Mohamed Salah meledak gol ke-100 ketika membantu Liverpool menumpaskan Leeds United 3-0, Ahad lalu menaikkan motivasi anak-anak buah Jurgen Klopp untuk menerima kunjungan Milan.

Taktikal Reds yang belum kalah dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini bagaimanapun terlalu mudah untuk dibaca dengan Salah, Diogo Jota dan Sadio Mane dijangka mengetuai serangan dengan formasi 4-3-3 menjadi pilihan.

MOHAMED Salah diraikan rakan-rakan sepasukan selepas meledak gol ke-100 buat Liverpool ketika menentang Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.

“Milan diletak dalam kumpulan yang sukar dan terpaksa mengorbankan perlawanan domestik (merehatkan pemain utama) untuk memberi fokus kepada saingan Eropah.

“Semua pasukan mempunyai peluang seimbang dan sama kuat, tetapi Liverpool sudah tentu antara pilihan untuk menjuarai kumpulan ini. Bertemu mereka di Anfield dalam aksi pembukaan tidak mudah,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya