Chelsea akur rekod sempurna lebur di Stamford Bridge - Utusan Malaysia

Chelsea akur rekod sempurna lebur di Stamford Bridge

GABRIEL Jesus meraikan jaringannya ketika membantu Manchester City menumpaskan Chelsea di Stamford Bridge, London sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jaringan Gabriel Jesus pada minit ke-53 sudah cukup membawa Manchester City meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea musim ini dengan menumpaskan Blues 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan skuad The Citizens melunaskan dendam atas kekalahan 0-1 kepada Chelsea dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Mei lalu.

Memulakan musim baharu dengan langkah sumbang selepas tewas 0-1 kepada Tottenham, City kini semakin mengukuhkan kedudukan dengan melakar empat kemenangan daripada lima aksi terakhir Liga Perdana.

Chelsea yang turun dengan misi merampas kedudukan pendahulu sebaliknya jatuh ke tangga ketiga dengan berkongsi 13 mata bersama Liverpool, City dan Manchester United yang tewas 0-1 kepada Aston Villa di Old Trafford.

Kemenangan itu pastinya menjadi tonik terbaik buat City sebelum bertandang ke Paris, Rabu ini untuk perlawanan kedua Kumpulan A, Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG).

Chelsea pula akan berdepan gergasi Itali, Juventus dalam kempen Eropah di Stadium Allianz, Khamis ini untuk perlawanan Kumpulan H. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya