Bagnaia menang lagi - Utusan Malaysia

Bagnaia menang lagi

FRANCESCO Bagnaia meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix San Marino di Litar Marco-Simoncelli, Misano, Itali hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISANO ADRIATICO: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mempamer tunggangan bertenaga dari petak pertama untuk mengungguli perlumbaan MotoGP, Grand Prix San Marino hari ini.

Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut buat penunggang Itali itu yang turut menjuarai perlumbaan terakhir di Aragon minggu lalu.

Biarpun diberi tentangan hebat oleh pendahulu keseluruhan, Fabio Quartararo di pusingan terakhir, Bagnaia berjaya mengekang pelumba Yamaha dari Perancis itu daripada memintasnya.

Walaupun gagal mencari kemenangan keenam musim ini, Quartararo masih menarik nafas lega dengan kekal memimpin kedudukan pelumba dunia ketika saingan berbaki empat perlumbaan.

Dia menerajui saingan menerusi 234 mata, 48 mata mengatasi Bagnaia, manakala juara bertahan, Joan Mir dari pasukan Suzuki ketiga menerusi 167 mata.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Ducati, Enea Bastianini dari Itali menaiki podium pertamanya dengan melengkapkan Grand Prix San Marino di tangga ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya