Azizulhasni terima ganjaran daripada TMJ - Utusan Malaysia

Azizulhasni terima ganjaran daripada TMJ

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kanan) menghargai kejayaan Azizulhasni Awang meraih pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menerima ganjaran  peribadi daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi milik Tunku Ismail, HRH Crown Prince of Johor, penganugerahan tersebut diberikan selepas beliau menerima menghadap jaguh berbasikal trek negara itu semalam.

“Tunku Ismail terima mengadap Datuk Muhammad Azizulhasni Awang, pelumba basikal trek profesional dan pemenang pingat perak Olimpik pada hari ini (semalam) di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Ia bagi mengurniakan ganjaran atas pencapaian beliau di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini. Allah Peliharakan Sultan,” tulis status berkenaan.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook, Azizulhasni berterima kasih atas jemputan berkenaan yang memberikannya peluang berkongsi pengalaman dan menyampaikan idea bagi pembangunan sukan berbasikal di Johor.

“Menjunjung kasih Tunku Mahkota Johor di atas perkenan mencemar duli menjemput patik bersama Datuk Qobin (Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin) untuk mengadap Tunku di ibu pejabat JDT.

“Patik amatlah terharu dan seperti bermimpi disiang hari kerana dapat bersama-sama dengan Tunku dan berkongsi pengalaman serta kejayaan di Olimpik Tokyo baru-baru ini.

“Patik juga menjunjung kasih di atas kesudian Tunku untuk mendengar idea dan pandangan patik dalam membangunkan arena sukan negara terutamanya sukan berbasikal di Negeri Johor,” tulis jaguh berbasikal negara itu.

Tulis Azizulhasni lagi, beliau berharap agar apa yang dihasratkan dapat dijadikan realiti dan dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sukan terutamanya mereka yang berada di negeri Johor.

Azizulhasni turut menjunjung kasih atas hadiah peribadi daripada Tunku Ismail ketika mengadap Tunku Mahkota Johor itu.

“Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah memurahkan rezki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya