Ada 'nogori' memang power! - Utusan Malaysia

Ada ‘nogori’ memang power!

PASUKAN Negeri Sembilan meraikan kejayaan muncul juara Liga Perdana 2021 selepas menumpaskan PDRM FC 4-2 dalam perlawanan terakhir liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hampir sedekad tidak menjulang piala, Negeri Sembilan FC (NSFC) menamatkan kemarau apabila menjuarai Liga Perdana kelmarin, namun apa yang paling istimewa skuad Jang diangkat oleh anak rata-rata anak ‘nogori’.

Skuad Rusa yang sudahkan mengesahkan slot Liga Super lebih awal mendapat sentuhan ‘magis’ jurulatih yang juga anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan, K. Devan.

Lebih istimewa, rata-rata tonggak Negeri Sembilan anak tempatan diketuai Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak, Annas Rahmat, Nasrullah Hanif Johan, Saiful Ridzuwan Selamat dan R. Barathkumar.

“Tentu saya gembira, sebagai anak Negeri Sembilan, kejayaan ini sungguh bermakna. Dalam pasukan musim ini, kita ada ramai anak Negeri Sembilan, ia satu kebanggaan dan kejayaan ini saya hadiahkan kepada penyokong.

“Negeri Sembilan layak ke Liga Super secara merit, ia akan beri status lebih baik kepada pasukan. Sebagai sebuah pasukan negeri, kita perlu bermain di Liga Super dan akhirnya kita berjaya,” katanya selepas aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

K. DEVAN

Kejayaan menjulang Liga Perdana membolehkan Ne­geri Sembilan menerima RM300,000.

Replika cek diserahkan kepada Pengerusi NSFC, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri oleh Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mustaza Ahmad.

Hadir sama, anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku Muhriz dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Negeri Sembilan mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan PDRM FC 4-2, sekali gus mengenepikan pencabar terdekat, Sarawak United dengan kelebihan tiga mata.

PEMAIN Negeri Sembilan meraikan kejayaan menjuarai Liga Perdana di selepas menumpaskan PDRM FC. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Berakhir kempen Liga Perdana, fokus Negeri Sembilan kini beralih kepada Piala Malaysia yang menyaksikan mereka diletak dalam Kumpulan C bersama naib juara Liga Super, Kedah dan Melaka United.

Kapten Negeri Sembilan, Zaquan Adha berkata, kejuaraan Liga Perdana yang diraih adalah permulaan kepada kebangkitan skuad Hobin Jang Hobin itu.

“Terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan selepas apa yang kami lalui dari awal sehingga sekarang. Terima kasih juga kepada keluarga yang sentiasa mendoakan saya.

“Apa pun, perjalanan masih jauh dan ini merupakan titik permulaan untuk Negeri Sembilan bangkit,” katanya.

Kali terakhir Negeri Sembilan memenangi piala adalah pada tahun 2012 ketika menjuarai Piala Sumbangsih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya