Trippier mahu sertai Manchester United - Utusan Malaysia

Trippier mahu sertai Manchester United

Kieran Trippier
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bek kanan England, Kieran Trippier berusaha ‘menekan’ juara La Liga, Atletico Madrid untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dan menyertai Manchester United.

Pada ketika, Atletico tidak bersedia memulakan rundi­ngan, United hanya mempunyai satu cara jika mahu mendapatkan pemain berusia 30 tahun itu iaitu dengan menebus kontraknya bernilai 34 juta pound (RM199.51 juta).

Menurut portal sukan Sepanyol, Sport, Trippier memberi tekanan kepada skuad Rojiblancos untuk melepaskannya kepada Red Devils, namun Atletico tidak bersedia mengurangkan harga pemain itu.

United yang sudah ber­belanja besar 45 juta pound (RM264.06 juta) ketika membawa masuk Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace pada 2019 kini sedang memikirkan apakah mereka patut mengeluarkan wang yang banyak bagi mendapatkan Trippier.

Aaron Wan-Bissaka

Ini kerana kedua-dua pemain beraksi di posisi sama.

Trippier memainkan peranan penting buat Atletico selepas membawa pasukan itu merangkul kejua­raan La Liga musim lalu.

Dia juga watak utama England ketika muncul naib juara Kejohanan Eropah (Euro) 2020 bulan lalu.

Baru-baru ini, pe­nyerang Queens Park Rangers (QPR), Charlie Austin mendakwa

gagal bertahan dengan baik ketika pasukannya menewaskan United 4-2 dalam aksi persahabatan, 24 Julai lalu.

Penyerang berusia 32 tahun itu menyokong United untuk mendapatkan Trippier jika mereka berhasrat mencabar kejuaraan musim depan. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya