LONDON: Pelancaran jersi ketiga Manchester City mencetus kontroversi apabila rata-rata peminat menyifatkan ia ‘buruk’ dan perlu diletak di bahagian diskaun Sports Direct.
Jersi ketiga juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu yang dikeluarkan oleh Puma menerima kritikan di media sosial.
Berwarna biru tua, jersi tersebut menggunakan latar belakang logo City yang dipudarkan berserta logo Puma di tengah bahagian dada.
Terdapat juga dua garis biru muda, selain tulisan Man City.

Nama penaja utama kelab, Etihad Airways diletak diletakan di tengah jersi berkenaan.
Seorang peminat menulis di Twitter, ‘mengerikan’ dan salah satu jersi terburuk dalam sejarah bola sepak.
Seorang lagi peminat pula menyindir : “(Jersi) Seperti itu perlu diletak di bahagian diskaun Sport Direct.”
Ada yang menyifatkan, jersi itu seperti baju pasar malam berharga 3 pound (RM17).
“Kelihatan seperti t-shirt 3 pound yang dijual di gerai-gerai tepi jalan,” tulis salah seorang peminat City.
Dalam pada itu, City menganggap kit ketiga mereka unik dengan tagline ‘berani untuk berbeza’.
Kontroversi jersi ketiga itu bagaimanapun tidak dihiraukan pengendali kelab, Pep Guardiola kerana dia lebih menumpukan prestasi di atas padang.
City memulakan musim dengan kekalahan 0-1 kepada Tottenham.
“Kami gagal mengawal permainan ketika itu dan melakukan banyak kesilapan mudah, ia tidak harus berulang,” katanya.
City akan bertemu Norwich dalam aksi Liga Perdana esok. – AGENSI