Messi akan tiba di PSG bila-bila masa - Utusan Malaysia

Messi akan tiba di PSG bila-bila masa

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) bersedia menawarkan kontrak dua tahun dengan pilihan penyambungan setahun setahun kepada Lione Messi selepas mencapai persetujuan dengan wakil pemain itu hari ini.

Semalam, jurulatih PSG, Mauricio Pochettino mengesahkan menandatangani pemain berusia 34 tahun itu adalah satu ‘kemungkinan’ dan sumber memberitahu ESPN rundingan terperincidengan bapa Messi yang juga ejennya, Jorge esok atau Isnin ini.

Menurut sumber tersebut, perjanjian itu mampu menggugat masa depan Kylian Mbappe atau menjejaskan peluang bintang Manchester United, Paul Pogba untuk menyertai PSG.

PSG menghubungi Messi pada Khamis lalu sejurus selepas Barcelona mengesahkan pemain itu tidak akan menandatangani kontrak baharu bersama mereka.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo dan pengerusi, Nasser al Khelaifi terlibat dalam rundingan bersama Messi, malah sudah beberapa kali menghubungi Jorge.

“Sudah tentu (menandatangani Messi) satu kemungkinan. Kelab sedang berusaha dan sebarang perkembangan akan diberitahu nanti,” kata Pochettino dalam sidang akhbar kelmarin menjelang pembukaan musim baharu Ligue 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya