Melaka United belum selamat - Utusan Malaysia

Melaka United belum selamat

AKSI Melaka United (baju putih) ketika menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini. - IHSAN MELAKA UNITED FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedudukan Melaka United untuk kekal dalam Liga Super musim depan belum selamat selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut, kali ini tumpas 1-2 kepada Penang FC,

Ketika liga berbaki empat perlawanan, skuad Sang Kancil menghuni tangga ketiga tercorot dengan 16 mata, hanya tiga mata dipisahkan dengan pasukan di zon penyingkiran, Perak yang turut mengalami kekalahan 0-2 kepada UiTM FC.

Kesemua jaringan di Stadium Bandaraya itu diperoleh di hujung perlawanan yang menyaksikan Sheriddin Boboev memberikan kekalahan kepada pasukan pelawat menerusi gol kemenangan pada minit ke-90.

Terdahulu, Rafael Vitor meletakkan tuan rumah di depan menerusi sepakan penalti, namun Giovane menyamakan kedudukan, seminit sebelum tamat permainan.

Kemenangan meletakkan Penang FC di tangga ketiga liga dengan 31 mata, 11 mata ditinggalkan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya