Mbappe tiada sebab tinggalkan PSG - Utusan Malaysia

Mbappe tiada sebab tinggalkan PSG

KYLIAN Mbappe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kylian Mbappe ‘tidak mempunyai alasan’ untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas kelab itu membawa masuk Lionel Messi, menurut Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Messi diperkenalkan dalam sidang akhbar di Parc des Princes kelmarin, sementara ribuan peminat berkumpul di luar stadium untuk menyambut penyerang legenda Argentina itu.

Dia menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya perjanjian tambahan 12 bulan setelah Barcelona tidak dapat menepati syarat yang mereka dipersetujui dengan pemain berusia 34 tahun itu kerana masalah kewangan.

Kontrak Mbappe berbaki kurang daripada setahun dengan kelab Ligue 1 itu tetapi presiden PSG, Al-Khelaifi, percaya penyerang Perancis itu tidak mempunyai pilihan selain kekal dan bermain bersama Messi dan Neymar.

LIONEL Messi diperkenalkan sebagai pemain baharu PSG kelmarin.

“Semua orang tahu masa depan Kylian. Dia pemain kompetitif yang mahu memenangi trofi, dia berulang kali mengatakan perkara itu.

“Dia mahukan pasukan yang kompetitif, (dengan Messi) tidak ada alasan. Dia tidak boleh melakukan apa-apa selain kekal,” kata Al-Khelaifi.

Pada Mei lalu, pemain berusia 22 tahun itu memberitahu rangkaian sukan, Canal Plus dia mahu menyertai kelab yang mana dia boleh memenangi trofi dan mempunyai projek mantap.

Mbappe belum memperbaharui kontrak di Parc des Princes, berbanding Neymar yang sudah menandatangani kontrak baharu sehingga 2025.

Penyerang Perancis itu bakal membentuk gandingan serangan bersama Neymar dan Messi, yang dijangka membuat penampilan sulung menentang Strasbourg hujung minggu ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya