Kerjasama, penajaan antarabangsa bukti jenama kukuh JDT - Utusan Malaysia

Kerjasama, penajaan antarabangsa bukti jenama kukuh JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jalinan kerjasama dan penajaan diterima pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) khususnya daripada syarikat antarabangsa membuktikan kekukuhan jenama serta imej skuad Harimau Selatan itu.

JDT dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya memberitahu, keupayaan kelab itu untuk menarik kerjasama dan penajaan adalah satu pengiktirafan kepada mereka.

“Antara jenama antarabangsa yang telah menjalinkan hubungan dengan Harimau Selatan merupakan nama-nama terkemuka seperti UNICEF, Aston Martin Racing, Hublot dan Nike.

“Kelab ini juga telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat-syarikat makanan dan minuman antarabangsa seperti Subway dan F&N,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, kejayaan direkodkan skuad milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu bukan sahaja di atas padang semata-mata.

“Harimau Selatan bukan sahaja merupakan kelab yang paling berjaya di dalam dan di luar padang, tetapi juga merupakan pasukan yang paling banyak diikuti dan diperhatikan di negara ini.

“JDT juga menawarkan pendedahan kepada pasaran luar negara melalui penyertaannya dalam Liga Juara-Juara AFC dan hubungan kelab dengan kelab-kelab luar negara seperti Juventus, Borussia Dortmund dan Valencia.

“Pemilik JDT, Tunku Ismail juga telah mempertingkat kesedaran jenama JDT melalui hubungan dengan individu-individu penting bola sepak dunia, termasuk pemilik, pemain dan ejen,” tambah kenyataan itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN