Kane diturunkan atau tidak? - Utusan Malaysia

Kane diturunkan atau tidak?

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Harry Kane bakal menjadi tumpuan apabila dua kelab yang berebut khidmatnya, Tottenham dan Manchester City berentap sesama sendiri dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris hari ini.

Pengendali Tottenham, Nuno Espirito Santo yang membimbing kelab London itu buat kali pertama menegaskan, dia belum memutuskan siapa bakal mengisi kesebelasan utama dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspur, London.

Kane, 28, yang meminta Tottenham melepaskannya kepada City juga belum pasti diturunkan biarpun sudah kembali menjalani latihan penuh kelmarin.

“Semua keputusan tidak bergantung kepada kecergasan semata-mata. Kami mempunyai banyak aspek lain untuk dipertimbangkan.

“Pemain bola sepak bukan saja harus profesional di atas padang, malah perlu mena­ngani pelbagai situasi lain.

“Bagi kami, keputusan dibuat berdasarkan kepenti­ngan pasukan.

“Saya cuba mendapatkan sebanyak mungkin info untuk membariskan skuad terbaik,” kata Nuno yang mengambil alih ­Tottenham bulan lalu.

PEP GUARDIOLA

Tottenham menuntut 160 juta pound (RM940 juta) daripada City jika mereka benar-benar mahukan penyerang England itu yang masih memiliki kontrak tiga tahun.

Nuno juga me­negaskan: “Dia (Kane) pemain Tottenham, di sini bersama kami.

“Kami hanya fikir tentang perlawanan esok. Semua yang bersama pasukan pemain kami. Saya tidak berminat memikirkan perkara lain.”

Sementara itu, pengendali City, Pep Guardiola juga enggan bercakap mengenai Kane ketika nama kapten England itu dibangkitkan.

“Saya sudah jawab soalan ini banyak kali. Dia sekarang pemain Tottenham, jadi saya tidak akan bercakap me­ngenainya.

“Saya hanya mahu bercakap tentang perlawanan dan bukan perpindahan, itu saja,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN