Kalah lagi, Melaka dalam bahaya! - Utusan Malaysia

Kalah lagi, Melaka dalam bahaya!

PEMAIN Melaka United menjalani latihan akhir kelmarin dalam persiapan menghadapi UiTM FC pada saingan Liga Super malam ini. – IHSAN MELAKA UNITED FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka United tidak punya pilihan ke­cuali me­numpaskan pasukan tangga tercorot Liga Super, UiTM FC di Stadium Hang Jebat malam ini bagi mengelak terjerumus ke Liga Perdana musim depan.

Pengendali Sang Kancil, Zainal Abidin Hassan me­negaskan, tiga mata adalah misi wajib ketika liga musim ini berbaki empat perlawanan.

“Melaka mesti tewaskan UiTM FC untuk kekalkan momentum mengelak dari duduk di zon penyingkiran.

“Tidak ada perkara lebih penting melainkan mengutip tiga mata penuh jika pemain ingin lihat MU berada di tempat selamat.

“Jika menang barulah kita fikirkan tiga perlawanan ­paling getir yang menanti selepas ini,” ujarnya kepada ­Mingguan Malaysia semalam.

Melaka kini menduduki tangga ketiga tercorot Liga Super sekadar mengutip 16 mata daripada 18 perlawanan.

Skuad Sang Kancil bakal berdepan baki tiga perlawanan terakhir menentang Selangor (28 Ogos), Perak (3 September) dan Kedah (12 September).

Zainal bagaimanapun sedikit tersentak apabila masih tidak dapat menurun­kan tiga pemain utama akibat kecederaan.

Katanya, mereka yang terpaksa direhatkan ialah pemain tengah, Steven Gary Robart serta dua tonggak pertahanan, Khairul Anwar Shahrudin dan Ahmad Syamin Yahya.

“Ketiadaan tiga pemain itu tidak menjejaskan pilihan dalam kesebelasan utama dan pemain yang akan menggantikan mereka diharap mampu beraksi cemerlang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya