Harimau Selatan selangkah hampiri kejuaraan - Utusan Malaysia

Harimau Selatan selangkah hampiri kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super kelapan berturut-turut selepas menumpaskan Petaling Jaya (PJ) City 2-0 sebentar tadi.

Ketika saingan berbaki tiga perlawanan, kemenangan ke atas Sri Pahang, Jumaat ini akan menobatkan Harimau Selatan selaku juara lebih awal.

MOHAMADOU Sumareh (kiri) meraikan jaringan kedua JDT ketika menentang PJ City. – IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

Kekalahan 1-2 Terengganu FC kepada Kedah di tempat sendiri bermakna Penyu bukan lagi pencabar kejuaraan musim ini.

Secara matematik, hanya Kedah mampu menyaingi JDT kerana pasukan itu yang mengumpul 32 mata masih memiliki enam perlawanan dalam tangan.

Bagaimanapun mata maksimum yang mampu dikutip Lang Merah adalah 50 mata, sedangkan JDT kini sudah memiliki 48 mata.

Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Bergson da Silva meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-27.

Mohamadou Sumareh melengkapkan kemenangan JDT ketika dengan meledak gol kedua ketika permainan berbaki enam minit untuk ditamatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN