Harimau Selatan hampiri kejuaraan - Utusan Malaysia

Harimau Selatan hampiri kejuaraan

PENYERANG JDT, Bergson Da Silva meraikan jaringan keduanya ketika menentang Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) menghampiri kejuaraan Liga Super kelapan berturut-turut selepas tidak berdepan masalah menundukkan Sabah 2-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad Harimau Selatan kembali menjarakkan kedudukan di persada liga dengan perbezaan lapan mata di hadapan pencabar terdekat, Terengganu FC.

Leandro Velazquez yang kembali menyertai pasukan setelah pulih daripada kecederaan menjadi perancang utama pasukan dengan mengatur gerakan gol yang dijaringkan Bergson Da Silva.

JDT hampir mencetak gol pertama seawal minit kedua menerusi hantaran silang Bergson, namun gagal disudahkan Safawi Rasid setelah tandukannya melewati palang gol.

Gol pertama JDT hadir menerusi gerakan direncanakan Leandro yang menghantar bola kepada Safawi yang tidak dikawal di sayap kanan lalu melorong bola kepada Bergson yang melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol pada minit ke-19.

PEMAIN JDT, Safawi Rasid (kanan) dihalang pertahanan Sabah, Alto Linus dalam perlawanan Liga Superdalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Dua minit berselang, Leandro bijak mencipta peluang dengan membuat hantaran jauh kepada Bergson yang mudah melepasi perangkap ofsaid pasukan Sabah sebelum melakukan sepakan lambung yang mẹmbuatkan penjaga gol, Rozaimie Rohim terpaku melihat bola menerjah gawang.

Skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto hampir memperoleh gol pertama namun rembatan deras kapten Risto Mitrevski ke arah penjuru gol pada minit ke-28 menerusi sepakan percuma berjaya dikuis keluar Farizal Marlias.

Pasukan tuan rumah hampir menambah jaringan menerusi hantaran Safiq Rahim yang bijak mencari Safawi, namun Safawi sekali lagi gagal memanfaatkan peluang terhidang itu.

Sebelum babak pertama tamat, skuad Badak yang sekali lagi melancarkan serangan ke arah kubu JDT hampir mencipta gol menerusi percubaan Levy Madinda namun rembatan hanya menerjah jaring luar gol.

BERGSON Da Silva meraikan jaringannya ketika menentang Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Benjamin Mora terus bernafsu untuk mencari gol bagi meletakkan pasukan di kedudukan yang lebih selesa.

Peluang terbaik untuk menambah gol hadir pada minit ke-55 namun Bergson yang mempunyai pilihan untuk mencipta umpanan buat Safiq bertindak tamak melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang sedikit tersasar.

Akhyar Rashid yang dibawa masuk pada babak kedua hampir memahatkan nama dalam senarai penjaring namun rembatannya dari jarak dekat tidak tepat ke arah gol.

Hasrat Bergson untuk mencari hatrik pada perlawanan itu juga tidak kesampaian apabila percubaan demi percubaan yang dilakukan tidak berjaya menemui gawang lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya