BERLIN: Legenda bola sepak Jerman, Gerd Mueller meninggal dunia pada usia 75 tahun hari ini, umum Bayern Munich.
Sepanjang kariernya yang gemilang, bekas bintang penyerang Jerman dan Bayern itu menjaringkan 365 gol dalam Bundesliga pada era 1960-an dan 1970-an, selain menyumbang 68 gol buat Jerman Barat di peringkat antarabangsa.
“Hari ini sangat menyedihkan, hari yang meruntun jiwa buat FC Bayern dan peminat.
“Kami berkongsi kesedihan bersama isterinya, Uschi dan keluarganya. Tanpa Gerd Mueller, Bayern tidak akan menjadi kelab yang kita semua cintai seperti hari ini. Nama dan memorinya akan kekal selamanya,” kata Bayern dalam satu kenyataan. – AFP