MADRID: Pengendali Atletico Madrid,
Diego Simeone menyenaraikan anaknya sendiri, Giuliano dalam aksi pembukaan La Liga menentang Celta Vigo malam ini.
Atletico cuba mendapatkan penyerang tengah pada musim panas ini tetapi tidak berjaya, sekali gus mendorong Simeone membariskan anak keduanya.
Giuliano, 18, diuji dalam lima perlawanan pramusim dan berjaya memikat barisan kejurulatihan untuk membantu Atletico mempertahankan kejuaraan Liga Sepanyol.

Biasa bermain di sayap kiri, Giuliano lebih menyinar ketika diletakkan di posisi serangan tengah sepanjang saingan pramusim.
Sehinggalah bulan lalu, Giuliano tidak pernah berada dalam perancangan skuad senior Atletico tetapi dia kini perlu bersedia untuk aksi kompetitif pertama di Balaidos.
Muka baharu, Rodrigo De Paul yang dibeli pada harga 35 juta euro (RM175 juta) dari kelab Itali, Udinese turut dipilih mengisi posisi serangan tengah. – AGENSI