Dapat menang cepat lebih bagus buat JDT - Utusan Malaysia

Dapat menang cepat lebih bagus buat JDT

PEMAIN JDT, Mohamadou Sumareh (kiri) bersaing dengan pertahanan Melaka United, Akmal Md Zahir dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput kelmarin. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Memenangi kejua­raan Liga Super secepat mungkin situasi terbaik buat Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini selepas pengendalinya, Benjamin Mora mengakui, pemain semakin keletihan akibat mengharungi jadual perlawanan padat.

Biarpun beraksi dalam kea­daan letih, juara tujuh kali berturut-turut itu masih mampu menang tipis 1-0 ke atas Melaka United dalam saingan Liga ­Super di Stadium Hang Jebat kelmarin.

“Banyak perlawanan yang pemain harungi dalam beberapa hari lalu dan tidak mudah bagi mereka beraksi kerana keletihan.

“Walaupun menang tipis, saya tetap puas hati kerana pemain berupaya mengimbangi permainan dalam situasi pemain kepenatan dan keletihan,” kata Mora semalam.

Menurut pengendali kelahiran Mexico itu, JDT mempunyai banyak peluang mencipta jari­ngan namun semua tidak menepati sasaran untuk menggegar pintu gol Melaka.

BEK tengah JDT, Mauricio (atas) bersaing dengan penyerang Melaka United, Giovane Gomes dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput kelmarin. UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Harimau Selatan memerlukan sepakan penalti Bergson Da Silva seawal minit kedua untuk mengesahkan kemenangan selepas pertahanan tuan rumah menjatuhkan Gonzalo Cabrera.

Walaupun hanya menang tipis dan memerlukan penalti, itu sudah mencukupi buat JDT terus melebarkan penguasaan sebagai pendahulu Liga Super.

“Yang penting setiap perlawanan JDT menang tidak kisah berapa jaringan.

“Kita cari tiga mata penuh itu paling utama. Setiap perlawanan penting dan kamo tidak mahu tercicir mata,” ujarnya.

JDT akan melayani kunju­ngan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, Ahad ini dan mereka pasti tidak mahu membiarkan skuad di bawah bayu itu mencalarkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri.

Menang tiga daripada lima aksi terakhir akan mengesahkan trofi Liga Super lebih awal buat Harimau Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya