Bos Gaurus bergelut cari ‘jalan keluar’ dari zon penyingkiran - Utusan Malaysia

Bos Gaurus bergelut cari ‘jalan keluar’ dari zon penyingkiran

PEMAIN Perak menjalani latihan di Ipoh semalam menjelang pertemuan menentang Selangor esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Demam berpanjangan yang dialami oleh dua tonggak meresahkan ­Perak apabila berdepan Sela­ngor dalam misi mencari ‘jalan keluar’ dari zon penyingkiran Liga Super esok.

Muhammad Firdaus Saiyadi dan Rafiuddin Roddin belum sembuh daripada demam sejak beberapa hari lalu menyaksikan pengendali sementara pasukan, Mohd. Shahril Nizam Khalil terpaksa melakukan sedikit rombakan.

Meskipun hanya demam biasa, namun beliau tetap bimbang keadaan itu akan menjejaskan perancangan pasukan.

“Satu tamparan juga sebenarnya sebab kita ada beberapa pemain yang masih mengalami demam berlarutan, kadang-kadang ada sampai tiga hari, lima atau ke enam hari, jadi agak merisaukan.

“Saya harap mereka akan pulih seperti sediakala sebab apabila mereka demam, kita terus lakukan Swab Test (Ujian Calitan), dan kalau berlarutan lagi, memang terus lakukan ujian.

“Tetapi, saya percaya mereka sempat untuk bersedia menentang Selangor sebab kita tahu lawan bukanlah calang-calang pasukan.

“Pemain seperti Ifedayo Olusegun sentiasa menjadi ancaman tetapi saya katakan kepada pemain untuk tidak berputus asa dan cuba mencuri mata Sabtu ini,” katanya.

Bercakap mengenai tugas berat yang dipikul menggantikan ketua jurulatih, Chong Yee Fatt pada baki saingan musim ini, Shahril menganggap ia sebagai proses pembelajaran untuknya membawa pasukan ke tahap lebih baik.

“Tugas ini bukan mudah, apatah lagi mengambil alih pa­sukan dalam keadaan sedang bergelut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN