Sazili Presiden UiTM FC baharu - Utusan Malaysia

Sazili Presiden UiTM FC baharu

MOHD. SAZILI SHAHIBI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC kini bakal mendapat nafas baharu susulan pelantikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajarnya (TNC HEP), Prof. Dr. Mohd. Sazili Shahibi dilantik sebagai presiden ketiga..

Pelantikan beliau menggantikan Prof Dr. Azizan Abdullah dan sebelum itu jawatan berkenaan disandang bekas TNC HEP yang juga Presiden UiTM FC yang pertama iaitu Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said ketika kelab bola sepak institusi pengajian tinggi itu ditubuhkan pada 2018.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM FC, Mustaza Ahmad, keputusan itu dibuat Ahli Lembaga Pengarah UiTM yang meyakini kemampuan Mohd. Sazili untuk meneruskan perjuangan UiTM FC.

“Ahli Lembaga Pengarah UiTM FC penuh yakin beliau akan dapat menggalas amanah sebagai presiden UiTM FC dengan cemerlang berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang pentadbiran dan pengurusan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah, Mohd. Sazili tidak asing dalam bidang bola sepak kerana pernah menjadi pemain tengah di zaman persekolahan dan universiti.

“Dalam ucapan pertama beliau kepada ahli Lembaga Pengarah UiTM FC, beliau telah menyarankan agar semua pihak dapat bekerja sebagai satu pasukan dan memastikan UiTM FC terus dapat bersaing di persada bolasepak negara,”katanya.

Sementara itu Mohd.Sazili memaklumkan pencapaian baik yang ditinggalkan oleh dua bekas presiden akan menjadi daya pendorong untuk beliau meneruskan kesinambungan kecemerlangan ini.

“UiTM FC dilahirkan melalui inisiatif pusat kecemerlangan sukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam teras utama Dasar Pembangunan Sukan IPT. Oleh itu saya akan memastikan amanah oleh Kementerian Pengajian Tinggi akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya