Ragini tetap positif walaupun kalah - Utusan Malaysia

Ragini tetap positif walaupun kalah

AKSI pemain Kelantan United (baju merah) ketika menentang PDRM FC di Kota Bharu semalam. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali The Red Warriors (TRW) Marco Ragini tetap positif walaupun pasukannya tumbang 1-2 di tangan PDRM FC pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Ragini berkata, alasan itu nampak asasnya apabila tiga pemain dari skuad ‘simpanan’ beraksi dengan cemerlang sekali gus mampu memberikan impak positif buat masa depan pasukan.

“Saya gembira dengan aksi yang diperagakan oleh tiga pemain itu dan ia adalah perkara penting buat pasukan.

“Saya juga akui kita tidak beraksi dengan baik pada babak pertama dan banyak melakukan kesilapan. Namun kita bermain baik pada babak kedua dan bagi saya ia sesuatu yang positif walaupun tewas,” katanya.

Ragini memberitahu, dia mahu barisan pemain Kelantan FC kekal fokus untuk saingan berikutnya selepas ini.

Katanya, TRW tidak boleh lagi keciciran mata dalam usaha mencari kedudukan terbaik dalam carta Liga Perdana musim ini.

Dalam perlawanan itu, Kelantan FC dikejutkan dengan jaringan pembukaan pelawat pada minit ke-26 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten The Cops Lazarus Kaimbi.

TRW kembali mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-49 menerusi sepakan percuma menarik kapten pasukan Mario Arques yang berjaya ‘membelah’ benteng pelawat sekaligus melepasi jangkauan Muhd Asri Muhamad.

Pemain gantian PDRM FC Bruno Suzuki membunuh sisa-sisa perjuangan TRW apabila meledakan jaringan kedua pada minit ke-83.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.