Negeri Sembilan, Selangor II buntu di Paroi - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan, Selangor II buntu di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Selangor II terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Beraksi di laman sendiri dan menentang pasukan lebih muda sepatutnya memberi kelebihan kepada Negeri Sembilan, namun Selangor II berjaya memberikan tentangan dan mengekang asakan lawan.

AKSI Liga Perdana di antara NSFC dan Selangor FC yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam in. – UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

Tuan rumah memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol apabila dianugerahkan penalti, namun sepakan yang diambil Zaquan Adha Abd. Razak berjaya ditepis penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pada minit ke-40.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi penyudah tumpul menyebabkan tiada jaringan berjaya dihasilkan.

Selepas mengharungi 12 perlawanan, Negeri Sembilan mengutip 23 mata untuk menduduki tangga kedua, manakala Selangor II dengan 17 mata di kedudukan kelima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya